Monday, July 26, 2010

Akan Datang !!!!

Jangan study hard tetapi study smart ... Ini juga bukan masa anda untuk membaca tetapi masa untuk membuat latihan yang intensif ..

Sesiapa yang masih perlahan kena lajukan / kuatkan usaha anda untuk mencapai kejayaan ..

Anything can happen if you try / Better late than never..

Saturday, July 24, 2010

Buat Renungan

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS jika diri tak seindah
SULAIMAN,Mengapa mengharap teman setampan YUSUF jika kasih tak setulus
ZULAIKHA,Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,jika tak sekuat
SARAH,Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH jika diri tak
sesempurna Rasulullah SAW,Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat..
Tak guna HATI kalau tak tahu menilai...
...bersyukurlah dengan sabar dan tabah...

Pantun PMR [To All PMR candidates especially 3RK1]

Pulau Hokkaido jauh ketengah ,
Gunung Fuji bercabang tiga ,
Cikgu2 mengharapkan kita di sekolah,
Buat masa sekarang, mari belajar bersama2.

Musim mengawan sudah mari , [bak kata cikgu]
Kalau nak cari girlfriend nanti2 ,
Lepas PMR baru cari ,
JANGAN PMR FAIL nanti.

Kalau takut perompak masuk rumah,
Kita mesti pasang grill,
Pergi Popular beli latihan murah,
Supaya result PMR x kecil.

Bagi sesiapa yang stress,
Jangan stress-stress lagi,
Bile PMR dah Habis,
Main GAME,SHOPPING pon PUAS ATI.

Kepada Murid perempuan dan lelaki,
Yang rendah mahupun yang tinggi,
Kalau kita kuat study,
Result PMR kita yang disanjung tinggi.

Folio2 sudah siap,
Hanya yang tinggal cuma Study,
PMR candidate sedang bersiap-siap,
Untuk jawab PMR yang datang SEKALI

Sudah Gaharu Cendana Pula,
Arahan Cikgu Kita Ikut Aje...

Orang bergaduh berpaling muka,
Bermaaf-maafan amalan semua,
Kalau kite nak jadi orang berguna,
Kita mesti tak membazir MASA!. [masa itu emas]

Kepada semua orang yang kenal saya,
Saya ingin menarik diri setakat ini,
Kalah ada silap dan salah,
I'm very-very-very sorry...

Sekian, Terima Kasih
[rekaan Amz to All PMR Candidate expecially my friends]

Friday, July 23, 2010

Baju Kelas 3 RK1





Bagi pelajar 3Rk1 sahaja , baju ini wajib dibeli .... ini contoh baju kelas yang disiapkan oleh UH Trading ... sesiapa yang tidak suka dengan design ini boleh comment .(hanya untuk pelajar 3RK1)

Bagi pelajar perempuan harga baju itu RM 27 dan baju lelaki RM 24 sahaja....
Perlu selesai dalam masa 2 minggu

Monday, July 19, 2010

PELAJAR CEMERLANG DAN ANUGERAH GALAKAN 2010



Ramai sangat nak susun nama pun susah . .... ade Faridah , Syaheera , Maryam , Izzah , Fatimathul , Izzatee , Adlina , Grace , Wen Xin , Fioni , Alicia , Agnes , Syamim , Hadi , Nabil , Arif Din , Imran , Muzamil , Amsyareezmi , Faiz

Sesiapa yang tidak berjaya boleh usaha lagi tidak kurang lagi 20 hari untuk Percubaan PMR 2010 ..... aza aza hwaiting / gunbarre

PELAJAR CEMERLANG PENGESANAN 1 2010



Dari kanan : Faridah , Izzatee Safia , Ahmad Muzamil , Ahmad Faiz , Fioni , Wen Xin

Thursday, July 15, 2010

HaRi InI~~ 15 / 7 / 2010

Sejak kebelakangan ini , makin mengantuk akibat berusaha untuk belajar ... Pelbagai nasihat telah diberikan oleh guru-guru yang telah menjayakan teknik menjawab pada minggu ini....

Master Alex yang periang dan pandai pelbagai bahasa .. ( Malaysia , Chinese , Negeri dan English )Pelbagai kata hikmat yang telah diberikan walaupun seorang guru Science
Pn Zaiton pula sentiasa menekankan semua untuk mendapat A dalam Kemahiran Hidup PK ... Tiada sesiapa yang boleh berjaya tanpa usaha
Mr Ganesan pula seorang yang hampir kelam - kabut kerana kesuntukan masa . . Setiap apa yang diberi dapat diingati.

Insyaallah....

Monday, July 12, 2010

HarI YanG BaRu~ 12/7/2010

Hari Ini Nabilah pertama kali tidak hadir ke sekolah...
Kenapa ye?? Lupa pula nak tanya Cikgu Haslinda...
Sunyi pulak kelas tanpa Nabilah...

Petang tadi dari pukul 2 hingga pukul 4, kelas 3RK1,3RK2, dan 3 Beta telah
bersama-sama menghadiri bengkel menjawab soalan Bahasa Melayu di dewan SMK Ayer Keroh. Walaupun mengantuk..kami berjaya mendapat banyak pengetahuan yang baru..
Terima kasih Cikgu kerana rela membantu kami semua mencapai 8A..

Hari ini juga kelas kami diumumkan mendapat tempat Kedua dalam pertandingan mencipta blog. Selain itu , kelas kami juga memenangi untuk pertandingan fakta bukan auta ..... dan pelbagai lagi...hahah..Tahniah!! Harap-harap setiap hari yang mendatang akan ceria seperti hari ini!

(Nabilah)Harap-harap hadiah tu ade lagi

Wednesday, July 7, 2010

Hari Ini -- 7 / 7 / 2010

Hari ini mata pelajaran agama yang diajar oleh Ustazah Saripah menjadi seronok apabila pelbagai soalan di tanya ..... Walaupun soalan yang tak logik tetapi ustazah tetap sabar dalam mengharungi cabaran...

Beberapa orang pelajar perempuan juga telah menggantikan puasanya pada hari ini . Jadi sebagai pengajaran jangan ganti last minute !!!!..

Mata pelajaran matematik juga senang difahami apabila diajar oleh Pn Noor Haslinda ...
Topik ialah Graphs Of Function .... Kami dah nak habis belajar ....
Pn Yon Kharyani juga sedikit marah apabila kami tidak menyiapkan kerja rumah kami , tajuk ialah Happiest / Saddest Memory of Your Life .. Pelbagai idea dicurahkan ... tetapi ade masalah macam mana nak masukkan Idioms ni ???????

Pertandingan Futsal peringkat kelas

Wah ..... tahniah kepada kelas kami yang telah memenangi tempat ke-2 dalam pertandingan futsal ini.... Dengan usaha pasti ada kejayaan walaupun ada banyak halangan yang menanti ...

Friday, July 2, 2010

Kami JUARA Peta Minda PMR

Ini kumpulan yang terdiri daripada Qistina ,Syaheera , Nabilah , Faridah , Maryam dan Najwa.

Kami ialah juara dalam pertandingan mencipta peta minda yang dianjurkan oleh PNI NEURON SDN BHD dan Kerajaan Malaysia......














Ini kumpulan yang menang tempat kedua (naib johan) dan kumpulan ini terdiri daripada Fatihah , Balqis , Fatimathulzahara , Ernie , Adlina dan Zahira

Kami sungguh tak percaya yang kami menang kerana masa yang diberi untuk menyiapkan peta minda ini ialah 30 minit sahaja....

Atas kerjasama rakan-rakan juga membantu dalam memenangi dalam pertandingan ini....



Seminar Teknik Pembelajaran Peta Minda