Friday, September 3, 2010

Matlamat Baru

Kami ingin menanam matlamat baru untuk lulus cemerlang paling rendah 5A 3B sehingga 8A. ....

Harap-harap impian kami tercapai

Tuesday, August 31, 2010

Sunday, August 29, 2010

Peperiksaan Percubaan 2010

Walaupun ramai yang kecewa ataupun gembira dengan markah peperiksaan masing-masing..
Jangan kecewa ataupun terlalu gembira , kerana yang menanti akan tiba

Sentiasa berusaha dan lakukan yang terbaik
Jangan berputus asa....

Kita telah menetapkan satu tujuan yang baru iaitu
"Semua pelajar 3RK1 untuk lulus dengan cemerlang"

Friday, August 6, 2010

Adik Syamim dan perangai kami


Cutenye anak Ustazah Saripah ni !!!
Nak cair ....sebab terlalu cute

Hai Faty pergi mana tu ? dengan Ernie je ke
Tak pergi dengan orang lain ke

Yang Hujja tu dah takde kerja dengan Huda pergi duduk dekat situ

Wednesday, August 4, 2010

Gerai 3RK1

MArilah ke Gerai 3Rk1 .. Nama gerai kami Dino Dine di SMK Ayer Keroh ...

Jangan lupa ...
Kami ada pelbagai hidangan yang lazat disediakan seperti Dino Hotdog,Dino Flurry dan Dino Milo

Kami juga ada Dino Value Meal dengan harga RM4 sahaja

Monday, July 26, 2010

Akan Datang !!!!

Jangan study hard tetapi study smart ... Ini juga bukan masa anda untuk membaca tetapi masa untuk membuat latihan yang intensif ..

Sesiapa yang masih perlahan kena lajukan / kuatkan usaha anda untuk mencapai kejayaan ..

Anything can happen if you try / Better late than never..

Saturday, July 24, 2010

Buat Renungan

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS jika diri tak seindah
SULAIMAN,Mengapa mengharap teman setampan YUSUF jika kasih tak setulus
ZULAIKHA,Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,jika tak sekuat
SARAH,Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH jika diri tak
sesempurna Rasulullah SAW,Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat..
Tak guna HATI kalau tak tahu menilai...
...bersyukurlah dengan sabar dan tabah...

Pantun PMR [To All PMR candidates especially 3RK1]

Pulau Hokkaido jauh ketengah ,
Gunung Fuji bercabang tiga ,
Cikgu2 mengharapkan kita di sekolah,
Buat masa sekarang, mari belajar bersama2.

Musim mengawan sudah mari , [bak kata cikgu]
Kalau nak cari girlfriend nanti2 ,
Lepas PMR baru cari ,
JANGAN PMR FAIL nanti.

Kalau takut perompak masuk rumah,
Kita mesti pasang grill,
Pergi Popular beli latihan murah,
Supaya result PMR x kecil.

Bagi sesiapa yang stress,
Jangan stress-stress lagi,
Bile PMR dah Habis,
Main GAME,SHOPPING pon PUAS ATI.

Kepada Murid perempuan dan lelaki,
Yang rendah mahupun yang tinggi,
Kalau kita kuat study,
Result PMR kita yang disanjung tinggi.

Folio2 sudah siap,
Hanya yang tinggal cuma Study,
PMR candidate sedang bersiap-siap,
Untuk jawab PMR yang datang SEKALI

Sudah Gaharu Cendana Pula,
Arahan Cikgu Kita Ikut Aje...

Orang bergaduh berpaling muka,
Bermaaf-maafan amalan semua,
Kalau kite nak jadi orang berguna,
Kita mesti tak membazir MASA!. [masa itu emas]

Kepada semua orang yang kenal saya,
Saya ingin menarik diri setakat ini,
Kalah ada silap dan salah,
I'm very-very-very sorry...

Sekian, Terima Kasih
[rekaan Amz to All PMR Candidate expecially my friends]

Friday, July 23, 2010

Baju Kelas 3 RK1





Bagi pelajar 3Rk1 sahaja , baju ini wajib dibeli .... ini contoh baju kelas yang disiapkan oleh UH Trading ... sesiapa yang tidak suka dengan design ini boleh comment .(hanya untuk pelajar 3RK1)

Bagi pelajar perempuan harga baju itu RM 27 dan baju lelaki RM 24 sahaja....
Perlu selesai dalam masa 2 minggu

Monday, July 19, 2010

PELAJAR CEMERLANG DAN ANUGERAH GALAKAN 2010



Ramai sangat nak susun nama pun susah . .... ade Faridah , Syaheera , Maryam , Izzah , Fatimathul , Izzatee , Adlina , Grace , Wen Xin , Fioni , Alicia , Agnes , Syamim , Hadi , Nabil , Arif Din , Imran , Muzamil , Amsyareezmi , Faiz

Sesiapa yang tidak berjaya boleh usaha lagi tidak kurang lagi 20 hari untuk Percubaan PMR 2010 ..... aza aza hwaiting / gunbarre

PELAJAR CEMERLANG PENGESANAN 1 2010



Dari kanan : Faridah , Izzatee Safia , Ahmad Muzamil , Ahmad Faiz , Fioni , Wen Xin

Thursday, July 15, 2010

HaRi InI~~ 15 / 7 / 2010

Sejak kebelakangan ini , makin mengantuk akibat berusaha untuk belajar ... Pelbagai nasihat telah diberikan oleh guru-guru yang telah menjayakan teknik menjawab pada minggu ini....

Master Alex yang periang dan pandai pelbagai bahasa .. ( Malaysia , Chinese , Negeri dan English )Pelbagai kata hikmat yang telah diberikan walaupun seorang guru Science
Pn Zaiton pula sentiasa menekankan semua untuk mendapat A dalam Kemahiran Hidup PK ... Tiada sesiapa yang boleh berjaya tanpa usaha
Mr Ganesan pula seorang yang hampir kelam - kabut kerana kesuntukan masa . . Setiap apa yang diberi dapat diingati.

Insyaallah....

Monday, July 12, 2010

HarI YanG BaRu~ 12/7/2010

Hari Ini Nabilah pertama kali tidak hadir ke sekolah...
Kenapa ye?? Lupa pula nak tanya Cikgu Haslinda...
Sunyi pulak kelas tanpa Nabilah...

Petang tadi dari pukul 2 hingga pukul 4, kelas 3RK1,3RK2, dan 3 Beta telah
bersama-sama menghadiri bengkel menjawab soalan Bahasa Melayu di dewan SMK Ayer Keroh. Walaupun mengantuk..kami berjaya mendapat banyak pengetahuan yang baru..
Terima kasih Cikgu kerana rela membantu kami semua mencapai 8A..

Hari ini juga kelas kami diumumkan mendapat tempat Kedua dalam pertandingan mencipta blog. Selain itu , kelas kami juga memenangi untuk pertandingan fakta bukan auta ..... dan pelbagai lagi...hahah..Tahniah!! Harap-harap setiap hari yang mendatang akan ceria seperti hari ini!

(Nabilah)Harap-harap hadiah tu ade lagi

Wednesday, July 7, 2010

Hari Ini -- 7 / 7 / 2010

Hari ini mata pelajaran agama yang diajar oleh Ustazah Saripah menjadi seronok apabila pelbagai soalan di tanya ..... Walaupun soalan yang tak logik tetapi ustazah tetap sabar dalam mengharungi cabaran...

Beberapa orang pelajar perempuan juga telah menggantikan puasanya pada hari ini . Jadi sebagai pengajaran jangan ganti last minute !!!!..

Mata pelajaran matematik juga senang difahami apabila diajar oleh Pn Noor Haslinda ...
Topik ialah Graphs Of Function .... Kami dah nak habis belajar ....
Pn Yon Kharyani juga sedikit marah apabila kami tidak menyiapkan kerja rumah kami , tajuk ialah Happiest / Saddest Memory of Your Life .. Pelbagai idea dicurahkan ... tetapi ade masalah macam mana nak masukkan Idioms ni ???????

Pertandingan Futsal peringkat kelas

Wah ..... tahniah kepada kelas kami yang telah memenangi tempat ke-2 dalam pertandingan futsal ini.... Dengan usaha pasti ada kejayaan walaupun ada banyak halangan yang menanti ...

Friday, July 2, 2010

Kami JUARA Peta Minda PMR

Ini kumpulan yang terdiri daripada Qistina ,Syaheera , Nabilah , Faridah , Maryam dan Najwa.

Kami ialah juara dalam pertandingan mencipta peta minda yang dianjurkan oleh PNI NEURON SDN BHD dan Kerajaan Malaysia......














Ini kumpulan yang menang tempat kedua (naib johan) dan kumpulan ini terdiri daripada Fatihah , Balqis , Fatimathulzahara , Ernie , Adlina dan Zahira

Kami sungguh tak percaya yang kami menang kerana masa yang diberi untuk menyiapkan peta minda ini ialah 30 minit sahaja....

Atas kerjasama rakan-rakan juga membantu dalam memenangi dalam pertandingan ini....



Seminar Teknik Pembelajaran Peta Minda




Wednesday, June 30, 2010

Kuiz Sains dan Matematik

Dibawah pimpinan MR ALBERT seramai 4 orang pelajar dari kelas kami telah menyertai pertandingan Kuiz Matematik dan Sains yang telah berlangsung pada bulan Mei 2010 ....
Pasukan ini telah berjaya mendapat tempat yang ke-2 (NAIB JOHAN)

Syabas kepada mereka.....

Mereka yang terlibat ialah Muzamil , Grace dan Izzatee Safia

HaRi InI~~ 30 Jun 2010

Hari ini semasa di sekolah, menghadiri kelas tambahan Geografi,pelbagai perkara telah berlaku. Antaranya, Nabilah dan Faridah yang terpaksa menyampaikan'presentation' mereka dengan begitu pantas sekali.

Sayang sekali kerana mereka telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari bahan dalam membuat pembentangan. Mereka mempunyai banyak isi-isi yang menarik tetapi terpaksa melajukan pembentangan. Harap-harap esok dapatlah kita melihat pembentangan mereka yang penuh pula ya? Gambare Faridah and Nabilah team!

PMR semakin dekat jadi kita harus cepat-cepat menghabiskan skop pelajaran. Boleh kita 'study' ramai-ramai!!

Kuiz Pengetahuan Am

Pelajar kelas kami telah menyertai Kuiz Pengetahuan Am di Smk Padang Temu ....dan mereka telah memenangi tempat ke-3 di dalam pertandingan itu syabas kepada diorang.. Mereka telah berusaha selama 1 hari di perpustakaan dengan membaca buku dan mengetahui tentang pusat sumber sekolah....termasuk juga 8 subjek PMR dan perkomputeran...

Syabas kepada diorang.....Yeah3

Mereka-mereka ialah Faridah , Faiz , Izzatee Safia dan Lee Wen Xin

Jadual Peperiksaan 2010







Tuesday, June 29, 2010

COGAN KATA KELAS KAMI

F.U.C.K = Fokus Untuk Capai Kejayaan................. Inilah cogan kata dan usaha kami untuk mencapai kecemerlangan

Doa Penerang Hati

Sesuai untuk pelajar-pelajar yang mengalami stress untuk menduduki peperiksaan ................ Insyaallah berkesan AMIN

Guru-guru Semasa Hari Guru

Fun Facts 1

  • No piece of normal-size paper can be folded in half more than 7 times.
  • Blueberry juice boosts memory
  • When cats are happy or pleased, they squeeze their eyes shut
  • The elephant is the only animal with 4 knees
  • Each year, about 500,000 detectable earthquakes occur in the world. About 100,000 of those can be felt and about 100 of them cause damage.
  • We, as humans, forget 90% of our dreams
  • The percentage of people dreaming in black and white started decreasing after the spread of color TV
  • Just days before the World Cup of 1966 in England, the trophy was stolen and then later retrieved by a dog
  • Some Chinese believe that swinging the arms cures headaches
  • Coffee drinkers have more sex than non-coffee drinkers. They also enjoy it more.
  • A queen bee lays 1500 eggs a day
  • No president of the United States was an only child for his parents
  • Pumice is the only rock that floats in water

Lukisan Oleh Syaheera Yasmin


Monday, June 28, 2010

PELAJAR CEMERLANG PMR





PELAJAR CEMERLANG 2009

Terdiri daripada pelajar 3RK1 & 3RK2, ada yang berpeluang ke SBP seperti Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman, Sekolah Menengah Seri Puteri dan Integrasi Selandar






Kami (3 RK 1 - sesi 2010) berjanji dan berusaha untuk berjaya seperti mereka Senior kami berjaya.. kami juga BOLEH.... Itulah matlamat kami dan sekolah....Harap2 impian kami berjaya dan menaikkan nama sekolah AKSES / SMKAK



PELAJAR CEMERLANG PMR 2008

Kesemua pelajar ini adalah merupakan pelajar 3RK1. Ada yang telah terpilih untuk ke Sekolah Berasrama Penuh seperti Sekolah Menengah Sains Seremban, Sekolah Menengah Sains Muar, Sekolah Menengah Alam Shah, MRSM .


Organisasi Penting

Ketua kelas mesti diutamakan ,bendahari kelas , penolong ketua keceriaan , ketua kebersihaan , penolong ketua kebersihan dan akhir sekali , penolong ketua keceriaan Sorilah , penolong ketua tingkatan tak ade le pulak.....

Keadaan di kelas ini ......